Part 13
"Dan jika kamu mahukan sesuatu, seluruh alam ini akan berkonspirasi untuk membantu kamu mencapainya" (orang tua yang mendakwa dirinya Raja Salem.
Kata-kata ini saya petik dari dari novel O Alquismita karya Paulo Coelho terjemahan ke bahasa English Alchemist dan terjemahan ke Bahasa Malaysia Ahli Alkimia. Sebuah novel nipis sehebat The Story of A Shipwrecked Sailor karangan Gabriel Garcia Marquez, sejak akhir-akhir ini, selepas bertemu dengan Saniah jiwa saya berbahasa Latin, kadang Perancis. Barangkali kena badi penukaran subjek Sains dan Matematik; sekejap Bahasa Malaysia sekejap Bahasa English.
Oh ya, saya masih di kedai buku (nama kedai biarlah rahsia)demi menghormati pemiliknya yang tidak mengizinkan pembaca membuka plastik pembalut buku dan melarang berdiri lama-lama di rak buku, cukup sekadar baca sinopsis. Tapi akhirnya buku Ke Mana Malaysia; tampil reformasi Anwar atau kekalkan Mahathirisme, saya ambil dan bayar di kaunter.
Part 14
Saniah menyelinap masuk melalui celah-celah dinding, dia mengepit sebuah buku yang tidak berjudul dan tidak diketahui penulisnya, katanya buku itu dikarang pada 1300 masihi di negeri China. (OH? saya tercengang)
Saniah: Dengar sini ... (dibacanya) tiada satu pun yang dapat menggantikan kerja keras, itulah rahsia Tamadun China, mereka kerja keras. Kerja keras menggantikan mimpi, kerja keras menghapuskan khayalan, kerja keras menakluki kegelapan, kerja keras menghantar sinar ke daerah gelap, kerja keras menundukkan pemerintah gila kuasa, kerja keras mendekatkan jarak ...
Saya: kejap .. kejap .. (saya angkat tangan macam polik trafik)
Saniah: mengapa??
Saya: dapat idea (lalu saya melompat mencari pen dan mencatat seperti orang lapar nasi sebulan)
Part 15
Saniah berkisah tentang dirinya yang menjadi fellow kepada pertubuhan paling purba di dunia, Royal Society of London, dan juga Ghost society yang mencabar ke'hantu'an hantu-hantu sejak era Perang Salib, bermula di Jerusalem sehingga ke Pergunungan Carphatian yang misteri itu. (jika begitu perempuan cantik ini telah hidup sejak bila ya??)
Part 16
Dunia saya?? Ingin menjadi penulis terkenal, buku-buku yang dijadikan bantal saban malam, kerja-kerja di bengkel untuk membayar cukai pendapatan dan mengisi minyak kereta, emak di kampung yang selalu desak suruh berumahtangga untuk menyelamatkan zuriat Haji Akil, kucing saya yang boleh bercakap dan sekarang pandai terbang macam Pokemon dan koleksi DVD porno (eh bukan, bukan. Koleksi DVD kisah-kisah misteri)sebagai pemuda yang berusia belum sampai 30 tahun, naluri melihat perempuan cantik satu lumrah yang tiada batas sempadannya, tiada graviti yang mampu menghalang hormon seorang lelaki untuk terpana berjam-jam apabila melihat susuk tubuh perempuan dan merasakannya bagai seminit, seperti teori Albert Einstein.
Dahulu saya jatuh cinta dengan Siti Nurhaliza, kemudian Jacklyn Victor dan sekarang dengan seorang pelakon Hindustan, tidak silap saya namanya Depika Padukone, tapi bak kata pepatah Melayu yang dikejar tak dapat yang digendong berciciran, saya ditinggalkan oleh teman wanita saya gara-gara hobi saya yang gemar berkata tentang kecantikan artis sewaktu keluar ber-dating dengannya.
Nasib badan
Part 17
Tapi dengan Saniah??? misteri betul makhluk ini. Kucing saya kata (si Comel) Saniah barangkali hantu ...
Bersambung ...
Sunday, November 8, 2009
Thursday, November 5, 2009
Pesona Saniah (Bab 3)
Part 9
Saya menulis ....
DIALOG INI TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA MALAYSIA TINGGI, DIULANGI DIALOG INI TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA MALAYSIA TINGGI, DIULANGI SEKALI LAGI DIALOG INI TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA MALAYSIA TINGGI
Di sebuah kafe siber, dua orang gadis; Natrah dan Millah. Dua-dua dalam dilema kerana bercinta dengan suami orang, Natrah: cantik macam pelarian syurga, malas berdikari dan mengharapkan hidupnya selalu ditaja dengan kecantikan yang dimilikinya. Millah: serba salah kerana dia mempunyai kelulusan pendidikan yang tinggi, dan menyedari dia patut berusaha mendapatkan pekerjaan dengan sekeping ijazah yang dimilikinya namun dia terlanjur jauh di 'support' oleh seorang hartawan.
NATRAH: U know what .. sometimes I rasa la kan ... I nak aja minta darling I tu kahwin dengan I, you know la kan ... umur I ni dah lanjut ... kalau I kahwin tiga tahun lepas, I dah ada anak satu dah ...
MILLAH: I pun fikir yang sama, runsing ni .. emak I di kampung pun selalu bising, bila lagi I nak akhiri zaman bujang I .. tapi bab kahwin kahwin ni I tak percaya, tengok ... berapa ramai kawan-kawan kita yang kahwin awal berantakan ... bercerai berai, lagi pun ... lelaki sekarang ni susah nak percaya ...
Part 10
Saniah ketawa terbahak-bahak membaca hasil tulisan saya, yang pada pendapatnya dangkal dan tidak matang, sebab sebuah idea yang baik seharusnya mengangkat persoalan yang lebih jernih, bukan persoalan gender semata-mata. Kata saniah mengapa tidak saya ketengahkan isu kontraktor lambat siapkan projek dan makan wang rakyat? betul juga, bagus ideanya tapi pembaca tidak suka baca benda-benda yang hanya ahli tentang sesuatu bidang faham. saya mahu menghasilkan sesuatu yang datuk dan nenek pun boleh baca dan faham. Sesuatu yang truth to material kata Brutalis.
Part 11
Dinihari saya masih gagal lelapkan mata, Saniah tidur terapung di udara ruang tengah bilik tidur, komputer masih bekerja dan telefon bimbit saya berbunyi, panggilan dari sahabat pena Arwah Saddam Hussin (Ah! sejak sekian lama tiada khabar berita)
Saya: Waalaikumsalam Ya Maulana, di Baghdad atau Lubnan sekarang???
Tompel: Royal Kasino, London ... minggu lepas di Macau (dengan bahasa arab pasar)
Saya: Ohhh???? ya ka (setengah terperanjat)
Saya sebenarnya tidak ingin menyangka yang bukan-bukan. Lalu saya matikan lintasan hati yang berkata 'bukan semua orang arab alim belaka'
Part 12
Saniah berkisah tentang pertemuannya dengan Setiausaha Agung PBB di bawah pokok durian di kebun Haji Salleh, dekat Gadung Kimanis (oh?? Papar ka? kampung saya tu ... kampung saya!) tapi saya kurang mengambil perincian ceritanya tentang misi menyelamatkan Palestin, sebab Malaysia sudah merdeka 52 tahun lamanya, masih ada orang miskin di pelusuk peta negeri-negeri mundur, bukan Palestin atau Pakistan yang berperang yang perlu dirisaukan. Bagi saya.
Saniah: cita-cita saya ingin menamatkan kekejaman Zionis.
Saya (termanggu); oh! mulianya ...
Part 13
Saya berlegar-legar di kedai buku, mata saya terpandang sebuah buku nipis ...

Wednesday, November 4, 2009
Mara Carfagna - the most beautiful minister in the world!
Maria Rosaria (Mara) Carfagna (born December 18, 1975 in Salerno) is an Italian politician and former showgirl. After obtaining a degree in law, Carfagna worked for several years on Italian television shows and as a model. She later entered politics and was elected to the Chamber of Deputies for Forza Italia party in 2006. On May 8, 2008, Prime Minister Silvio Berlusconi appointed her Minister for Equal Opportunity a move that received international attention due to her background and her appearance. Carfagna has been called "the most beautiful minister in the world", and was ranked number one on Maxim's "World´s Hottest Politicians".

Carfagna entered politics in 2004, and became responsible for the women's movement in the political party Forza Italia (presently The People of Freedom).In the elections of 2006 she was elected into the Chamber of Deputies for Forza Italia, and in the 2008 elections – running as the third candidate from The People of Freedom in the district "Campania 2" – she was reelected. When she first entered parliament Berlusconi jokingly commented that Forza Italia practiced the law of primae noctis; the right of a feudal lord to take the virginity of his female subjects.[16] As a deputy she was secretary of the Commission for Constitutional Affairs,and has been described as a diligent, hard-working parliamentarian.On May 8, 2008 she was appointed Minister for Equal Opportunity, in the fourth cabinet of Silvio Berlusconi, an appointment that was widely publicised internationally, with focus on her special background.
Gay pride protest against Carfagna in Catania, 2008.
Carfagna has been vocal on certain issues, such as the level of crime in her home town of Salerno, after having herself been the victim of burglary on three different occasions.She describes herself as an antifeminist, as she believes that "liberty" depends not on independence, but on rules and discipline.She opposes certain gay rights, and says that matrimonial rights should be tied to reproduction. Soon after her accession she refused to back a gay pride march, arguing that discrimination was no longer a problem for homosexuals in Italy, a statement that was strongly criticised by gay rights groups.
In September 2008, Carfagna introduced a new law making street prostitution a crime, with fines for both clients and prostitutes. The bill was her first major initiative as a minister. She said that at present in Italy, "as in the great majority of Western countries", brothels and the exploitation of prostitutes by pimps were illegal but prostitution as such was not. She described street prostitution as a "shameful phenomenon".
Carfagna was criticized by prostitutes' representatives and other charities for introducing the bill. However, some Catholic charities praised her for having the courage to "take on prostitution as a serious social evil".

Monday, November 2, 2009
Pesona Saniah Bab 2
Part 5
Kami menjelajah ke alam komuniti Face Book, Friendster, Kakiis, Flicker, Hi 5, Multiply dan Twitter, (eh! Datuk Siti Nurhaliza pun ada, Jacklyn Victor pun ada, huhu) tapi saya tidak kisah pun. Saniah kata semenjak Bill Gates dan Microsoft melakukan keajaiban terhadap sistem komunikasi umat manusia, kita telah jauh dari agama. Tapi saya mahukan sesuatu yang segar, laman komuniti ini membantu cuma sedikit. (Eh, helloooo FB hanya tempat saya mencuri kata-kata indah, hahaha (tapi setelah minta izin) Fiendster???? boring.
Saniah: Oh, kamu tak suka laman komuniti? tak membantu kamu mendapat ilham???
Saya: sedikit ...
Kami meninggalkan laman komuniti (Bye Datuk Siti, bye Jac ... jangan sampai ketagih ya)
Part 6
Saniah berkisah tentang dirinya: selain kebolehan mengecaikan benda-benda hanya dengan renungan matanya, dia juga mampu terbang, memindahkan barang-barang dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa pergi ke sekolah sihir atau membela toyol macam David Coperfield. Dia juga mampu menyanyi dan bermain alat muzik sehingga mampu membuat lantai pentas terbalik dan penonton lelaki karam meski dia sedaya upaya menjaga kesopanan (saya tak pasti apakah auranya sama atau melebihi Inul Daratista, penyanyi dangut kontroversi Indonesia itu)
Pada usianya 12 tahun dia telah berkelana hampir separuh benua dan menemui fakta tentang Christopher Columbus bukan manusia pertama dalam arena pelayaran yang mengelilingi dunia tapi Laksamana Cheng Ho (ohhhh??? benarkah begitu?)sesuatu perlu dilakukan terhadap sejarah jika begitu.
Pada usianya 14 tahun dia dijemput minum petang di White House dan Presiden Amerika Syarikat telah merayu kepadanya untuk bermigrasi ke USA dengan Green Card, tapi Saniah menolak sebab katanya dia tidak betah makan daging dan keju selalu, sebab dia gadis asal kampung yang tak mampu meninggalkan beras dan sayur kampung.
Part 7
Kucing saya Si Comel yang sejak tadi membaca surat khabar, saya renung. Kucing jantan ini mempertikaikan cadangan mengalakkan poligami demi membantu ibu tunggal dengan memberi ganjaran kepada ahli-ahli dewan lelaki yang sanggup mengahwini ibu-ibu tunggal. Masih ada cara lain, kata Comel. Inilah kejayaan dasar 1 Malaysia, kita berkongsi segala masalah yang ada. (kucing saya pun ikut sama memikirkan)
Comel pernah jatuh cinta dengan Panda di Chengdu, namun cinta mereka terhalang.
Part 8
Saya duduk merenung skrin komputer, dapat satu idea, dan mula menaip ....
Bersambung ....

Saturday, October 31, 2009
Pesona Saniah ( Bab 1)
Part 1
Nama gadis ini Saniah, dilahirkan 18 tahun lalu, mula bercakap pada hari ke empat puluh, tapi hanya dengan kucing dan ayam peliharaan ayahnya. sewaktu usianya lapan tahun dia telah mengecaikan tong minuman seberat 3 tan hanya dengan renungan matanya. Berita kesaktiannya sampai ke telinga mamanda menteri di jabatan sihir menyihir, pada usianya sepuluh tahun dia telah dilantik menjadi duta dan diberi gelaran Puteri Pesona Saniah, yang menjaga perairan negara yang sering dibolosi pendatang tanpa izin, juga memerhati bekalan gula, minyak masak dan kereta nasional dari diseludup keluar ke negara jiran.
Part 2
Saya bertemu Saniah sebulan lalu, di jabatan cetak mencetak buku, dia pembaca sastera tegar dan peminat Leo Tolstoy, alasan itu mendekatkan saya dengannya, dia mampu membaca buku setebal 380 halaman dalam masa sepuluh minit (kagum dan hairan saya)tapi saya ada niat lain, lalu saya luahkan hasrat hati saya kepadanya yang teringin menulis sebuah cerita (kalau boleh karya agung hahahaha)Saniah nampaknya faham hasrat hati saya tanpa perlu saya berkata apa-apa. Kami buat temu janji (yeeeehaaaaa)
Part 3
Pertemuan kami di warung tepi pantai, saya membelanjanya makan 75 cucuk sate ayam dan segelas besar jus limau, dia agak malu-malu tapi dibedalnya sampai licin. Tapi dia kuat makan sate bukan persoalannya, tapi tujuan temu janji kami.
Saniah: Apa yang boleh saya bantu?
Saya: Tolong bagi idea
Saniah: idea apa?
Saya: Bagaimana hendak menghasilkan sebuah karya agung?
Saniah (senyum): apa yang ingin kamu agungkan dalam karya?
Saya (berfikir): buah fikiran saya yang boleh menjana umat 1 Malaysia
Saniah: politik? budaya? sosial? sejarah?ekonomi?
Saya: semuanya.
Saniah: Ah! penulis mengampu rupanya kamu ni, ya?
Saya terkedu.
Part 4
Semalaman saya gagal lena memikirkan maksud kata-kata Saniah yang sesuka hatinya berkata saya penulis pengampu, apa maksudnya? saya kurang mengerti. Ketika asyik berfikir, kucing saya yang silau mata kerana lampu belum dipadamkan telah menjerit kepada saya, semenjak kucing-kucing di Malaysia hilang nikmat mengiau dan mampu bercakap atas keberhasilan dasar 1 Malaysia, saya selalu sahaja diganggu. baiklah, baiklah kata saya kepada comel. Di jendela yang terbuka luas, Saniah terapung memerhati saya.
"Jom" katanya.
Saya kehairanan. "Ke mana?"
"Cari ilham"
Bersambung ...........

Wednesday, October 21, 2009
Teman Sembang Warga Nigeria
Meski ada akaun Hotmail,Goggle, Comcast, Freenet, Optimum, Voila dan Rediff tapi rata-rata teman-teman saya menggunakan akaun Yahoo, begitu juga saya. Suatu hari (ketika dilanda kebosanan yang amat sangat) saya gatal tangan klik ke ruangan sembang Yahoo, berhubung dengan chatters dari Asia, beberapa bulan lalu. Hendak dijadikan cerita, terjumpa dengan seorang makhluk Tuhan yang memperkenalkan diri sebagai warga Nigeria, umur (tua saya tiga tahun darinya)tapi itu bukan hal yang hendak saya ceritakan.
Rasa menyesal pun ada juga sampai sekarang kerana telah terlanjur beri YM id kepadanya, sebab pada awal perkenalan dia memberitahu bahawa dia seorang penulis dan editor di sebuah syarikat penerbitan di Capetown (entah betul atau tidak, ada saya kisah?)tapi yang saya betul-betul kisah, kepetahannya berkisah tentang hasil kerja H.G Wells, Hugo dan D.H Lawreence, penulis-penulis sains fiksyen kegemaran saya (pantang saya jumpa orang yang ada pengetahuan lebih tentang sastera, saya mudah ingin berkawan dengan orang jenis ini)
Saya berterima kasih dengan orang ini, pengetahuannya tentang penulisan sastera sains fiksyen amat menakjubkan, sehingga sejarah cinta monyet pembuat filem SF Michael Bay pun dia tahu (fuh!)pandangan-pandangannya selalu bernas tentang perkembangan sastera sejagat, dari isu Nobel Prize sampai isu Gabriel Garcia Marquez yang dikatakan mula nyanyuk, bahkan dia turut memberi tips dan panduan berguna tentang bagaimana hendak pergi ke peringkat antarabangsa selain menulis dalam Bahasa English (banyak caranya) saya sempat belajar sedikit ketika dia mula membuat selang seli ayat-ayat porno, dan saya perlahan-lahan melenyapkan diri.
Sebab lama-kelamaan, topik perbualannya melencong macam kereta terbabas ke gaung. Dia mula berkisah tentang sex, menghantar photo-photo porno, meninggalkan offline messages yang berahi, membuat saya naik darah setiap pagi (nasib baik dia belum sampai ke FB dan Skype)kini apa yang saya lakukan appear as offline person setiap kali online YM, kemudian spam ID dia dan delete serta merta tanpa perlu membukanya.
Memang meletihkan.

Wednesday, October 14, 2009
Istana Cinta Ayah

Saya terlupa betul saya ada menang sayembara mengarang cerpen sempena 50 tahun merdeka anjuran DBP (entah bila antologi ini terbit pun barangkali saya manusia paling akhir mengetahui, tiada dimaklumkan - nasib baik hadiah sudah dapat)pernah saya tidak setuju dengan kelambatan proses cetakan dan edaran buku-buku terbitan DBP, tapi akhirnya saya kurang peduli sebab saya telah mendengar dan bersetuju dan menerima alasan-alasan yang diberi, bukan kerana saya seorang penyabar tapi demi menjaga hubungan jangka panjang yang akan terjejas dengan terlalu banyak mengkritik.
Antalogi ini memuatkan 15 buah cerpen ditulis oleh cerpenis (Oh, saya cerpenis rupanya) pemenang Sayembara Mengarang Cerpen Sempena 50 Tahun Merdeka, yang memunculkan kelainan era, kepelbagian corak penceritaan, subjek pengisahan serta pemikiran yang bersifat semasa dan menyentuh isu kehidupan masyarakat (ini bukan kata-kata saya, tapi sinopsis belakang buku)
Antologi cerpen ini turut memuatkan dua buah cerpen Sasterawan Negara Shahnon Ahmad (Penulis kegemaran saya)
Dan tajuk cerpen saya Yang Aneh.
Boleh didapati (dibaca atau dibeli) di kedai-kedai buku Dawama.
Subscribe to:
Posts (Atom)